top of page
Writer's picturesyafiq sopian

3 Masalah Dalam Litar Elektrik Automotif

  • Litar Terbuka (open circuit)

Berlaku apabila dawai dalam sebuah litar terputus (wire putus). Tanpa lorong yang lengkap, arus tidak boleh mengalir dan beban ( load) atau komponen tidak boleh berkerja. Dawai yang tidak bersambung atau terputus, atau suis dalam kedudukan off boleh mengakibatkan arus tidak mengalir. Tanpa aliran arus, tiada kejatuhan voltan merentasipelbagai beban.


  • Litar Pintas (short circuit)

Terjadi apabila wujud lorong arus yang tidak dikehendaki. Litar pintas menyebabkan aliran arus bertambah secara tiba-tiba. Penambahan aliran arus ini boleh menyebabkan dawai atau komponen terbakar. Apabila kejadian ini berlaku, suatu litar akan membentuk litar lain menyebabkan kejadian asing berlaku seperti hon berbunyi setiap kali menekan brek. Dalam hal ini, litar lampu brek telah terpintas ke litar hon (rajah dibawah).


litar-pintas

  • Litar Rintangan Tinggi (high resistance circuit)

Berlaku apabila terdapat rintangan yang tidak dikehendaki dalam litar. Rintangan lebih tinggi daripada normal menyebabkan arus yang lebih rendah daripada normal mengalir dan komponen dalam litar tidak dapat beroperasi dengan sempurna (rajah dibawah). Masalah ini biasanya berpunca daripada kakisan pada penyambung. Kakisan menjadi beban tambahan dalam litar. Beban ini bukan sahaja mengurangkan arus dalam litar tetapi juga menggunakan sedikit voltan litar (V-drop) yang menghalang voltan penuh ke beban normal dalam litar.


litar-rintangan-tinggi


Rujukan : 1. Buku Teknologi Automotif pengenalan sistem / Mohd Bahaman Mohd Rajuli 2. Zakaria Bin Salleh (Master Technician)

28 views0 comments

Comments


bottom of page