Arus (current)
Unit untuk mengukur arus elektrik ialah ampere ( I ). Peralatan yang digunakan untuk
mengukur arus elektrik yang mengalir dalam litar pula dipanggil ammeter. Terdapat
dua jenis unit asas dalam elektrik ini (arus) iaitu arus terus / direct current (DC) dan
arus ulang-alik / alternating current (AC). Dalam DC, elektron mengalir dalam satu
arah sahaja manakala AC pula, elektron bertukar arah pada kadar tetap. Semua
kenderaan menggunakan DC. Contoh litar ringkas DC adalah seperti dibawah :
Rintangan (resistance)
Bahasa mudahnya ialah 'LOAD' ataupun beban sebagai contoh gambar diatas, mentol
ialah rintangan pada litar ringkas tersebut. Selain mentol, motor dan coil juga adalah
rintangan. Rintangan aliran arus akan menghasilkan haba dan ianya boleh diukur
untuk menentukan jumlah rintangan. Unit untuk mengukur rintangan ialah ohm.
Untuk unit asas dalam elektrik ini (rintangan) ianya boleh diukur dengan
menggunakan ohm meter.
Tekanan Elektrik (voltage)
Voltan merupakan daya yang diorak dengan menarik elektron (cas negatif) ke proton
(cas positif). Lebih banyak cas positif dalam litar, lebih tinggi voltan wujud dalam litar
tersebut. Unit asas dalam elektrik ini (voltan) tidak boleh mengalir, sebaliknya hanya
mewujudkan tekanan yang menyebabkan arus mengalir. Unit untuk mengukur voltan
ialah volt. Satu volt ialah jumlah tekanan atau daya yang diperlukan untuk
menggerakkan satu empere arus melalui satu ohm rintangan. Voltan boleh diukur
dengan menggunakan volt meter.
Rujukan : Buku Teknologi Automotif pengenalan sistem / Mohd Bahaman Mohd Rajuli
Comments