top of page
Writer's picturesyafiq sopian

Pengenalan Asas Komponen Litar Elektrik Automotif

Updated: Apr 6, 2020

  • Fius (fuse)

Berfungsi sebagai peranti perlindungan litar. Komponen elektrik ini hanya melindungi dawai (wire) dan bukan alatan elektrik tetapi ia juga bergantung pada keadaan. Apabila fius terdedah kepada arus yang melebihi kadar (ampere). Elemen perlindungan akan lebur lalu menjadi litar buka (open circuit) atau bahasa mudahnya fius putus. Fius mempunyai pelbagai jenis saiz dan bentuk. Dibawah adalah antara contoh fius.


asa_komponen_ litar_elektrik
  • Mekanikal suis

Berfungsi sebagai peranti yang mengawal litar elektrik. Tugasnya adalah untuk menutup dan membuka litar atau mengalirkan arus kedalam litar. Suis boleh dikawal oleh pemandu atau boleh dikendali sendiri melalui keadaan litar, kenderaan, atau persekitaran. Terdapat pelbagai jenis suis (diterangkan kemudian) antaranya jenis asas yang biasa digunakan ialah :


1. Sentiasa terbuka (normally opened)

Suis jenis ini bertindak untuk sentiasa memutuskan litar elektrik dan ia akan bersambung apabila suis ini di 'ON' kan. Sebagai contoh suis lampu, wiper dan banyak lgi. Untuk mengetahui dengan mudah suis ini, ianya adalah suis yang kita biasa gunakan untuk menghidupkan sesuatu komponen elektrik pada saat memerlukannya.


2. Sentiasa tertutup (normally closed)

Suis jenis ini bertindak untuk sentiasa menyambungkan litar elektrik dan ia akan di putuskan apabila diperlukan. Biasanya ia terletak pada geganti (relay) pada bahagian main circuit (diterangkan kemudian). Adakah anda perasan jika anda tidak mematikan suis pada radio kenderaan anda dan ia akan terus 'hidup' bila anda ON kunci kereta dan radio tersebut akan terpadam secara automatik bila anda start kereta (engine cranking) ? Itu ialah suis jenis sentiasa tertutup (normally closed).


  • Geganti (relay)

Geganti ialah suis elektrik yang membenarkan sejumlah arus kecil untuk mengawal litar

untuk mengawal litar berarus tinggi. Apabila suis litar kawalan (control circuit) terbuka, tiada arus mengalir ke gegelung geganti (coil), Apabila suis tertutup 'ON' gegelung ditenagakan, menukar teras besi lembut kepada elektromagnet dan menarik angker kebawah. Keadaan ini menutup sesentuh litar kuasa (main circuit), lalu menyambung kuasa ke litar beban (load). Apabila suis terbuka 'OFF', arus berhenti mengalir dalam gegelung dan elektromagnet akan lenyap. Hal ini melepaskan angker lalu membuka sentuhan litar kuasa (main circuit).


asa_komponen_ litar_elektrik

  • Kapasitor atau Kondensor (capasitor)

Kapasitor dibina daripada dua atau lebih kepingan bahan pengalir elektrik dengan bahan penebat atau antielektrik yang diletakkan di antaranya. Kapasitor adalah peranti yang melawan pertukaran voltan. Kapasitor akan dicas apabila arus mengalir daripada bateri ke plat. Arus mengalir berterusan sehingga plat mempunyai voltan yang sama seperti bateri. Pada masa yang sama, kapasitor akan dicas.

Kapasitor tinggal bercas sehingga wujud satu litar lengkap di antara dua plat. Jika cas mempunyai laluan melalui meter volt, kapasitor akan nyahcas dengan jumlah voltan bateri yang sama. Kenyataan ini menerangkan mengapa kapasitor digunakan sebagai penapis atau pembersih isyarat voltan seperti suara daripada stereo. Arus hanya boleh mengalir ketika kapasitor dicas atau dinyahcas.

Kapasitor kereta biasa mempunyai bekas daripada logam. Bekas menyediakan satu sambungan bumi ke satu set plat pengalir dan satu dawai berpenebat yang menyambungkan ke set lain. Oleh sebab itu, ia hanya digunakan pada litar yang sangat sensitif seperti radio, modul (module) dan alatan elektronik lain (pada board) .


Rujukan : Buku Teknologi Automotif pengenalan sistem / Mohd Bahaman Mohd Rajuli


2,245 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page