top of page
Writer's picturesyafiq sopian

Pengenalan Asas Komponen Elektronik Automotif

Updated: Apr 8, 2020

  • Diod (diode)

Diod merupakan peranti separuh pengalir paling mudah. Secara asanya terdapat tiga jenis diod yang digunakan dalam automotif, iaitu diod biasa, diod pencaran cahaya (LED), dan diod zener. Diod membenarkan arus mengalir dalam satu arah tetapi tidak dalam arah bertentangan. Oleh itu, ia boleh berfungsi sebagai satu suis, dan bertindak sama ada sebagai pengalir atau penebat bergantung kepada arah arus mengalir. Diod boleh dihidupkan apabila kekutuban arus betul dan dimatikan apabila kekutuban arus salah.


asas_komponen_elektronik_automotif

1. Diod pancaran cahaya (LED)

Berfungsi sama seperti diod biasa. Bagaimanapun, ia akan memancarkan cahaya apabila ia terpincang arah hadapan. LED sangat sensitif pada arus dan boleh rosak jika terdedah kepada arus melebihi 50mA. LED juga memerlukan voltan yang lebih tinggi untuk menghidupkannya berbanding diod biasa. Biasanya 1.5 V hingga 2.5 V di perlukan untuk menyala.


2. Diod zener

Merupakan diod yang lebih komplekss. Diod ini digunakan untuk mengatur voltan dalam satu litar dan tersedia dalam banyak saiz voltan, misalnya daripada 2 V hingga 200 V . Diod zener berfungsi sama seperti diod biasa apabila terpincang arah hadapan. Diod zener diletakkan arah belakang dalam satu litar. Apabila voltan zener dicapai, diod zener mula membenarkan arus mengalir tetapi menyenggara kejatuhan voltan merentasinya.


asas_komponen_elektronik_automotif


  • Transistor (electronic switch)

Transistor ialah sebuah peranti yang mengambil peranan suis dan geganti dalam litar elektronik. Transistor digunakan untuk menghidupkan atau mematikan litar elektrik dan dikawal oleh litar elektrik lain. Dengan lain perkataan tindakan transistor sebagai suis dikawal keadaan. Keadaan pula ialah voltan yang hadir pada bahagian transistor. Bahagian transistor terbahagi kepada tiga, iaitu :

1. Pemungut (collector)

-Sebagai litar kawalan bersama pemancar.


2. Tapak (base)

-Berfungsi mengawal litar atau bahagian terkawal litar untuk suis 'ON' dan 'OFF'.


3. Pemancar (emitter).

-Sebagai litar kawalan bersama pemungut (mengikut anak panah arah aliran arus)


Terdapat dua jenis transistor.


1. PNP

Tapak transistor PNP dikawal oleh bumi ( - ). Arus mengalir daripada pemancar melalui tapak sebelum menuju ke bumi. Voltan negatif ( - ) atau bumi mestilah dikenakan ke tapak untuk transistor PNP dihidupkan, litar dari pemancar ke pemungut akan tertutup.


2. NPN

Apabila voltan positif ( + ) dikenakan ke tapak sebuah transistor NPN, litar pemancar ke pemungut dihidupkan.



asas_komponen_elektronik_automotif


Rujukan :

1. Buku Teknologi Automotif pengenalan sistem / Mohd Bahaman Mohd Rajuli

2. Zakaria Bin Salleh (Master Technician)

185 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page